Soalan Lazim

Lembaga Pelabuhan Kuantan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertindak sebagai Badan Kawal Selia dan Fasilitator untuk Pelabuhan Kuantan. Manakala Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. merupakan pengendali pelabuhan yang dilesenkan untuk melaksanakan operasi di Pelabuhan Kuantan

Waktu bekerja adalah mengikut Waktu Bekerja Berperingkat mengikuti Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 tahun 2007 iaitu seperti berikut : WP 1 – 7.30 pagi hingga 4.30 petang WP 2 – 8.00 pagi hingga 5.00 petang WP 3 – 8.30 pagi hingga 5.30 petang Namun waktu urusan yang melibatkan Permohonan Kargo Bahaya dan Pemakluman Keselamatan Kapal adalah 24 jam.

LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN (LPKtn) Tanjung Gelang, Peti Surat 161, 25720 Kuantan, Pahang Dardiv Makmur, Malaysia. Emel: info[at]lpktn[dot]gov[dot]my Tel: 09-5858000 Fax: 09-5833866 Atau mengisi borang maklum balas yang terdapat di laman web Lembaga Pelabuhan Kuantan.

Maklumat berkaitan kendalian kargo bahaya boleh diperolehi dari laman web http://edg.lpktn.gov.my/dgweb/v2/

Kargo bahaya tidak akan dibenarkan untuk di muat naik/turun dari kapal sehingga permohonan diluluskan.

Kargo bahaya Group 2 perlu dibuat secara penghantaran terus samaada dari kapal terus keluar dari pelabuhan atau dari luar pelabuhan terus ke kapal. Walau bagaimanapun, simpanan sementara selama 48 jam dalam kawasan pelabuhan dibenarkan di bawah keadaan-keadaan tertentu.

Tahap keselamatan Pelabuhan Kuantan dipaparkan di laman sesawang Lembaga Pelabuhan Kuantan di bahagian Pengumuman Penting atau maklumat boleh diperolehi daripada MTSO Pelabuhan Kuantan.