Zon Perdagangan Bebas

  • Pada 11 Mac 2019, Menteri Kewangan telah membuat Pemberitahuan Zon Bebas (Kawasan Yang Diisytiharkan) 2019 melalui Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 13 Mac 2019 berujukan P.U.(B)134 dengan mengisytiharkan Pelabuhan Kuantan, Malaysia sebagai suatu kawasan Zon Perdagangan Bebas berkuat kuasa pada 1 April 2019. Lembaga Pelabuhan Kuantan telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai “Pihak Berkuasa Zon Bebas” untuk mentadbir, menyenggara, mengendali dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan kawasan Zon Bebas Pelabuhan Kuantan. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk merujuk kepada AKTA ZON BEBAS 1990 (AKTA 438) pindaan terkini bagi menjalankan aktiviti perdagangan dan pengendalian yang berkaitan di Pelabuhan Kuantan, Malaysia.

    Sila Rujuk Pekeliling Bil. 1/2019 - Notis Pewartaan Zon Bebas Pelabuhan Kuantan.

  • anchor
  • GAZZETTE PLAN
  • Seksyen 4, Akta Zon Bebas 1990 memperuntukan :

    "Apa-apa jenis barang-barang dan perkhidmatan kecuali bagi yang dilarang dengan tertentu dan mutlak oleh undang-undang, boleh dibawa masuk, dikeluarkan, dihasilkan atau dibekalkan dalam suatu Zon Bebas TANPA BAYARAN apa-apa duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau cukai perkhidmatan."

    Zon Bebas Pelabuhan Kuantan diwujudkan dengan tujuan membenarkan aktiviti perdagangan seperti dibawah untuk menggalakkan kehidupan ekonomi negara serta maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

    • Import • Eksport Semula
    • Pindah kapal (Transhipment)
    • Pengedaran
    • Pergudangan (Storage)
    • Perniagaan secara pukal (bulk trading)
    • Konsolidasi
    • Nilai tambah seperti memecah pukal, menggred, pembungkusan semula, melabel semula, transit dan proses-proses lain tidak termasuk proses pengilangan.

  • NO Pergerakan Berkaitan Jenis Borang Catatan
    1 Barang-barang memasuki Zon Bebas dari luar Malaysia. ZB1 (Import) i. Daftar Muatan Import
    ii. Lesen/Permit Import
    2 Barang-barang yang keluar dari Zon Bebas untuk diekport kenegara-negara luar Malaysia. ZB1 (Export ) i. Daftar Muatan Eksport
    ii. Lesen/Permit Eksport
    3 Barang-barang dipindah kapal di Zon Bebas. ZB1 (Transhipment) i. Daftar Muatan Transhipment
    4 Aktiviti Nilai Tambah ZB4 i. ZB1 (Import)
    ii. Invois, Packing List dsbnya
    5 Barang-barang yang dibawa masuk ke dalam Zon Bebas dari Kawasan Utama Kastam Kastam No. 2 i. Anggap sebagai Eksport
    6 Barang-barang yang dibawa keluar dari Zon Bebas ke dalam suatu Kawasan Utama Kastam Kastam No. 1 i. Anggap sebagai Import
    ii. Duti/Cukai perlu dibayar
    7 Mengeksport barang-barang dari kawasan Utama Kastam melalui Zon Bebas tetapi tidak bercadang untuk mendeposit barang-barang dalam Zon Bebas Kastam No. 2 i. Anggap sebagai Eksport
    8 Barang-barang yang dieksport dari Zon Bebas melalui Kawasan Utama Kastam Kastam No. 8 i. Guna kenderaan yang diluluskan
    ii. Jaminan Bank
    iii. Lesen/permit Eksport
    9 Pemindahan barang-barang dari Gudang Berlesen, Gudang Pengilangan Berlesen atau Depo Pelepasan Dalaman ke satu Zon Bebas melalui Kawasan Utama Kastam. Kastam No. 8 i. Pergerakan Transit
    ii. Guna kenderaan yang diluluskan
    iii. Jaminan Bank
    10 Pergerakan barang-barang dari Zon Bebas ke satu Zon Bebas melalui Kawasan Utama Kastam. Kastam No. 8 i. Pergerakan Transit
    ii. Guna kenderaan yang diluluskan
    iii. Jaminan Bank
    11 Pergerakan barang-barang dari luar negara ke dalam Zon Bebas melalui Kawasan Utama Kastam Kastam No. 8 i. Pergerakan Transit
    ii. Guna kenderaan yang diluluskan
    iii. Jaminan Bank