Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah dianugerahkan persijilan ISO ini pada tahun 1998 dan dipersijilkan semula pada tahun 2008 dengan persijilan MS ISO 9001:2008 dengan skop "Kawalselia Operasi Pengendalian Kargo Berbahaya di Pelabuhan Kuantan".
LPKtn telah berjaya memperolehi persijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2007 pada 27 Disember 2013 dan telah dinaiktaraf kepada ISO 27001:2013 pada 27 Disember 2014 yang mana sijil ini adalah daripada 27 Disember 2014 sehingga 26 Disember 2016. Skop persijilan LPKtn adalah " Information Security Management System (ISMS) for Electric Pre-Entry Notification Ship Security System (e-PENS) at Kuantan Port" dan ia berkait rapat dengan fungsi LPKtn sebagai pengawal selia Pelabuhan Kuantan.
Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah dianugerahkan persijilan ISO 37001 : 2016 ini pada 28 April 2021 dengan skop "Sistem Pengurusan Anti-Bribery Bagi Kawalselia Dan Penguatkuasaan Kargo di Pelabuhan Kuantan".
(Sila klik pautan bagi paparan sijil dan surat pengiktirafan)