Fungsi Dan Peranan

1. Melaksanakan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam undang-undang dan peraturan. Akta-akta utama ialah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan, 1963 dan Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990;

2. Mengeluarkan lesen kepada pengendali pelabuhan iaitu KPC untuk menjalankan aktiviti-aktiviti operasi pelabuhan dan mengehadkan pengeluaran lesen aktiviti-aktiviti lain kepada yang tidak bertentangan dan bercanggah dengan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan dalam lesen yang dikeluarkan oleh LPKtn kepada KPC;

3. Menetapkan dan mengawal standard dan prestasi perjalanan aktiviti-aktiviti pelabuhan;

4. Menetapkan dan mengawal standard penyediaan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan di pelabuhan oleh pengendali yang dilesenkan;

5. Mengawasi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kawasan pelabuhan;

6. Melulus dan menyelia aktiviti pembangunan yang dilaksanakan oleh KPC berdasarkan peruntukan Akta Lembaga-lembaga Pelabuhan, 1963 dan Perjanjian Penswastaan;

7. Mengawal aktiviti marin melalui Jawatankuasa Pemaliman berkaitan tatalaku malim, keselamatan perairan dan kemalangan marin;

8. Melesen malim-malim pengendali berlesen;

9. Mengawal dan menyelia tarif yang dikenakan kepada pengguna pelabuhan;

10. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan pelabuhan;

11. Bertindak selaku tuan tanah dengan memastikan kegunaan tanah sempurna seperti yang dirancangkan dan tiada perubahan kepada struktur pelabuhan dan bangunan dilakukan tanpa kelulusan;

12. Membantu Kerajaan Pusat khasnya Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri dalam merancang pembangunan Pelabuhan dan kawasan sekitar termasuk perancangan jangka panjang;

13. Membantu Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan KPC dalam memperkenalkan dan memasarkan pelabuhan;

14. Mewujudkan dan menyelaraskan sistem maklum balas bagi pengguna-pengguna pelabuhan berhubung dengan prestasi pengendali pelabuhan;

15. Mengumpul data-data statistik dan maklumat-maklumat mengenai aktiviti pelabuhan;

16. Membekalkan data-data statistik dan maklumat-maklumat kepada badan-badan yang sah;

17. Melayan pertanyaan berkaitan perkara-perkara yang berhubung dengan pelabuhan;

18. Bertindak sebagai pengantara sektor swasta dan agensi-agensi Kerajaan berkaitan pelabuhan;

19. Bertindak sebagai badan penasihat dalam perkara-perkara yang melibatkan aktiviti-aktiviti pelabuhan;

20. Menggalakkan kegiatan penyelidikan berkaitan pelabuhan;

21. Menyelia dan memastikan keselamatan pelabuhan dan aktiviti-aktiviti serta kargo diurus dengan teratur dan berkesan; dan

22. Menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran pelabuhan;