Pelabuhan
Kuantan mengisytiharkan komitmen Pelabuhan Kuantan terhadap kelestarian alam
sekitar melalui POLISI HIJAU PELABUHAN KUANTAN.
Polisi ini merupakan panduan kepada pembangunan dan pengoperasian Pelabuhan
yang selamat, mampan, pintar dan berdaya maju secara komersial untuk tempoh
2021 – 2030.
Polisi
Hijau Pelabuhan Kuantan menggariskan pelan jangkamasa panjang dalam memastikan
pembangunan Pelabuhan Kuantan seiring dengan komitmen Kerajaan dalam konteks
kecekapan penggunaan tenaga, kemampanan ekosistem Pelabuhan serta
memperhebatkan digitalisasi di Pelabuhan Kuantan selaras dengan Revolusi
Industri Keempat (IR 4.0).
Bagi menyokong usaha pembangunan mampan di
Pelabuhan Kuantan, beberapa inisiatif telah dan sedang dijalankan antaranya
ialah mengurangkan kadar pelepasan karbon sebanyak 30% dengan menggunakan
jentera yang lebih mesra alam seperti Rubber Tyred Gantry hibrid,
mengehadkan kemasukan kenderaan di dalam kawasan Pelabuhan dan menaik taraf
pengoperasian pelabuhan dengan menggunakan automasi di Terminal Laut Dalam
Pelabuhan Kuantan. Pelabuhan Kuantan juga dalam proses untuk merangka beberapa
lagi inisiatif Pelabuhan Hijau seperti shore power supply bagi
mengurangkan penggunaan diesel oleh kapal yang berlabuh serta memperbanyakkan
penggunaan tenaga solar di Pelabuhan Kuantan.