Berita

Lawatan Kerja YB Menteri Pengangkutan

16 Januari 2022 - Lawatan Kerja oleh YB Menteri Pengangkutan ke Pelabuhan Kuantan.

Ditulis oleh Cara Admin

25-01-2022

16 Januari 2022 (Ahad) - Lembaga Pelabuhan Kuantan buat pertama kalinya telah menerima lawatan kerja rasmi YB. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong ke Pelabuhan Kuantan. YB Menteri turut melancarkan Polisi Hijau Pelabuhan Kuantan 2021-2030 yang berlangsung di Bangunan Perdagangan LPKtn.

Polisi Hijau Pelabuhan Kuantan mengisytiharkan komitmen Pelabuhan Kuantan terhadap kelestarian alam sekitar. Polisi Hijau ini merupakan panduan kepada pembangunan dan pengoperasian Pelabuhan yang selamat, mampan, pintar dan berdaya maju serta seiring dengan komitmen Kerajaan dalam konteks kecekapan penggunaan tenaga, kemampanan ekosistem Pelabuhan serta memperhebatkan digitalisasi di Pelabuhan Kuantan selaras dengan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

YB. Menteri turut dibawa melawat ke kawasan operasi Pelabuhan Kuantan. Lawatan bermula dari kawasan Service Jetty di KP 1 dan seterusnya ke Dermaga 1C, New Deep Water Terminal (NDWT). 

YH. Pengurus Besar LPKtn, Dato’ Khairul Anuar Bin Abdul Rahman telah menyampaikan taklimat mengenai pelan pembangunan serta usaha yang akan dilaksanakan bagi menambah baik pengoperasian Pelabuhan Kuantan. 

Turut hadir bersama, Pengerusi LPKtn, YAM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar,; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Bin Sulaiman,;  Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Bin Ishak,; Setiausaha Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan, Kapten Mohamad Halim Bin Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif IJM, En. Liew Hau Seng. 


Berita Berkaitan

Card image cap
Bantuan Banjir Di Kampung Karak Setia

6 Januari 2022 - Bantuan banjir oleh anggota pekerja LPKtn di Kampung Karak Setia, Pahang

Lihat
Card image cap
Lawatan Kerja YB Menteri Pengangkutan

16 Januari 2022 - Lawatan Kerja oleh YB Menteri Pengangkutan ke Pelabuhan Kuantan.

Lihat
Card image cap
Lawatan Kerja Pelabuhan Johor

30 November 2021 - Lawatan kerja pihak Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Johor Port Berhad (JPB)

Lihat
Card image cap
Lawatan Kerja RAC

7 Disember 2021 - Lawatan Kerja pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) ke Pelabuhan Kuantan

Lihat