Perkhidmatan Sokongan

Perkhidmatan Sokongan Lembaga Pelabuhan Kuantan
Jaring Keselamatan (Safety Net)
Pembuangan & Penerimaan Sisa Buangan Kapal Domestik
Senarai Perkhidmatan Sokongan

Senarai Jenis Perkhidmatan Sokongan Pelabuhan Kuantan Dan Definisi

1. Pemeriksaan / Pengukuran Kargo (Cargo Survey)
Memeriksa, menilai, mengukur kualiti dan kuantiti semua jenis kargo pukal termasuk kargo dalam bentuk cecair atau pejal untuk import / eksport bagi memastikan kualiti dan kuantiti kargo yang dimuatkan adalah sama seperti dalam dokumen berkaitan (Delivery Order / Shipping Note dan lain – lain).

2. Kerani Hitung Banding (Tally Clerk)
Perkhidmatan menghitung / mengira jumlah berat dan jenis cargo yang dipunggah dari kapal ke dermaga atau sebaliknya bagi memastikan jumlah berat dan jenis kargo adalah sama seperti dalam dokumen kargo atau dokumen pelayaran.

3. Pembekalan Keperluan Kapal (Supply Of Ship Chandling)
Perkhidmatan pembekalan barangan keperluan harian krew kapal (makanan, toiletries etc) bagi kapal – kapal yang berlabuh di pelabuhan.

4. Pembekalan Minyak Kapal (Supply Of Bunker For Vessel)
Pembekalan keperluan minyak / bahan bakar bagi kapal – kapal yang berlabuh di dermaga atau di luar dermaga tetapi dalam had pelabuhan.

5. Pembekalan Net Keselamatan Kargo (Supply Of Cargo Safety Net)
Perkhidmatan ini melibatkan pembekalan jaring keselamatan semasa pemunggahan kargo konvensional bagi mengelakkan kargo jatuh ke laut sekiranya kargo terlepas daripada penyangkut jentera kren semasa kerja – kerja pemunggahan.

6. Pembersihan Tumpahan Dagangan Berbahaya (Dangerous Goods Spillage Cleaning)
Perkhidmatan membersih tumpahan dagangan berbahaya yang dikelaskan mengikut Kod IMDG dan Undang–Undang Kecil LPKtn.

7. Penerimaan Sisa Buangan Berjadual Dari Kapal (Reception Facility For Ship Schedule Waste)
Perkhidmatan ini diberikan kepada kapal – kapal yang berlabuh di Pelabuhan KUANTAN seperti yang termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Jabatan Alam Sekitar. Pembekal perkhidmatan harus mempunyai fasiliti dan berdaftar sebagai pengangkut bahan buangan berjadual dan berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar.

8. Penerimaan Sisa Buangan Sampah Domestik Dari Kapal (Reception Facility For Ship Domestic Waste)
Penerimaan sisa buangan sampah domestik kapal seperti sampah, sisa makanan, sampah kitar semula dan sebagainya.

9. Penyelaman (Diving)
Perkhidmatan penyelaman seperti pemasangan alat ganti kapal, pemeriksaan dan sebaginya.

10. Pewasapan Kontena (Fumigation)
Perkhidmatan pembasmian serangga bagi setiap kargo import / eksport bagi tujuan kawalan serangga perosak.

Senarai Jenis Perkhidmatan Sokongan Pelabuhan Kuantan Dan Definisi

STS