
Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bersama tiga orang lagi pegawai UKAS telah disambut mesra oleh YBrs. Puan Hasnita binti Mohd Hanapiah, Pengurus Besar LPKtn dan Encik Chan Weng Yew, Ketua Pegawai Operasi Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. (KP).
Delegasi UKAS tiba di Galeri Wisma KP bagi menghadiri sesi taklimat mengenai perkembangan sepanjang tempoh konsesi Pelabuhan Kuantan. Delegasi seterusnya dibawa menaiki bot tunda untuk meninjau perkembangan serta pembangunan terkini Pelabuhan Kuantan.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
