
Pengerusi LPKtn, Yang Dihormat Mulia Orang Kaya Indera Segara, Tengku Dato’ Sri Haji Zulkifly Bin Tengku Temenggong Ahmad, telah mengadakan satu perjumpaan bersama anggota pekerja LPKtn dalam suasana santai dan mesra di perkarangan Bangunan Perdagangan LPKtn.
Perjumpaan tersebut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara Pengerusi dan warga kerja LPKtn, di samping memberi peluang untuk bertukar pandangan serta berkongsi perkembangan semasa organisasi dalam suasana yang lebih terbuka dan harmoni demi memperkasakan LPKtn sebagai satu pasukan yang lebih mantap dan berdaya saing.



Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
