Laman Web Rasmi
Lembaga Pelabuhan Kuantan
Fungsi & Peranan
Fungsi & Peranan Lembaga Pelabuhan Kuantan
- Melaksanakan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam undang-undang dan peraturan. Akta-akta utama ialah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan, 1963 dan Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990;
- Mengeluarkan lesen kepada pengendali pelabuhan iaitu KPC untuk menjalankan aktiviti-aktiviti operasi pelabuhan dan mengehadkan pengeluaran lesen aktiviti-aktiviti lain kepada yang tidak bertentangan dan bercanggah dengan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan dalam lesen yang dikeluarkan oleh LPKtn kepada KPC;
- Menetapkan dan mengawal standard dan prestasi perjalanan aktiviti-aktiviti pelabuhan;
- Menetapkan dan mengawal standard penyediaan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan di pelabuhan oleh pengendali yang dilesenkan;
- Mengawasi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kawasan pelabuhan;
- Melulus dan menyelia aktiviti pembangunan yang dilaksanakan oleh KPC berdasarkan peruntukan Akta Lembaga-lembaga Pelabuhan, 1963 dan Perjanjian Penswastaan;
- Mengawal aktiviti marin melalui Jawatankuasa Pemaliman berkaitan tatalaku malim, keselamatan perairan dan kemalangan marin;
- Melesen malim-malim pengendali berlesen;
- Mengawal dan menyelia tarif yang dikenakan kepada pengguna pelabuhan;
- Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan pelabuhan;
- Bertindak selaku tuan tanah dengan memastikan kegunaan tanah sempurna seperti yang dirancangkan dan tiada perubahan kepada struktur pelabuhan dan bangunan dilakukan tanpa kelulusan;
- Membantu Kerajaan Pusat khasnya Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri dalam merancang pembangunan Pelabuhan dan kawasan sekitar termasuk perancangan jangka panjang;
- Membantu Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan KPC dalam memperkenalkan dan memasarkan pelabuhan;
- Mewujudkan dan menyelaraskan sistem maklum balas bagi pengguna-pengguna pelabuhan berhubung dengan prestasi pengendali pelabuhan;
- Mengumpul data-data statistik dan maklumat-maklumat mengenai aktiviti pelabuhan;
- Membekalkan data-data statistik dan maklumat-maklumat kepada badan-badan yang sah;
- Melayan pertanyaan berkaitan perkara-perkara yang berhubung dengan pelabuhan;
- Bertindak sebagai pengantara sektor swasta dan agensi-agensi Kerajaan berkaitan pelabuhan;
- Bertindak sebagai badan penasihat dalam perkara-perkara yang melibatkan aktiviti-aktiviti pelabuhan;
- Menggalakkan kegiatan penyelidikan berkaitan pelabuhan;
- Menyelia dan memastikan keselamatan pelabuhan dan aktiviti-aktiviti serta kargo diurus dengan teratur dan berkesan; dan
- Menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran pelabuhan;