13 Ogos 2026 : Lawatan Rasmi Pengerusi Dan Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ)

14/08/2026 | Berita

4

Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) berbesar hati menerima kunjungan rasmi delegasi Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Tn. Hj. Rosnan bin Fathlal, Pengerusi LPJ.

Delegasi LPJ telah disambut oleh Yang Dihormat Mulia Orang Kaya Indera Segara Tengku Dato’ Sri Haji Zulkifly bin Tengku Temenggong Ahmad, Pengerusi LPKtn, bersama- sama Pengurus Besar serta Ahli Jemaah Lembaga LPKtn.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di Galeri Wisma KP. Delegasi kemudiannya dibawa menaiki bot tunda bagi meninjau kawasan operasi dan fasiliti pelabuhan secara lebih dekat.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua Lembaga Pelabuhan dalam memperkukuh hubungan strategik, perkongsian pengetahuan serta kerjasama dalam bidang pelabuhan demi memperkasa industri maritim negara.

5
6
7

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.