
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 dan Jasamu Dikenang 2026 anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama strategik bersama Lembaga Pelabuhan Kuantan, Lembaga Pelabuhan Kemaman dan Lembaga Pelabuhan Labuan telah berlangsung pada 5 Mei 2026 di Dewan Sentral RAC, MOT.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Ainul Azrul bin Azman, Juruaudit N9; Puan Puteri Zuraini binti Megat Ahmad Zubir, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat N7 (KUP); serta Puan Sariza binti Ahmad, Pembantu Tadbir N1 atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah dipamerkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja LPKtn untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, berintegriti dan berkualiti.



Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
