
Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah menerima kunjungan daripada 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘛𝘪𝘮𝘣𝘦𝘳 𝘐𝘯𝘥𝘶𝘴𝘵𝘳𝘪 𝘉𝘰𝘢𝘳𝘥 (𝘔𝘛𝘐𝘉) untuk sesi konsultasi kawalan kayu transit bagi membincangkan langkah pengukuhan mekanisme kawalan terhadap pergerakan kayu transit melalui Pelabuhan Kuantan.
Sesi yang dipengerusikan oleh YH. Dato’ Asmawi bin Nordin, Pengurus Kanan (Operasi dan Kawalselia) turut dihadiri oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia serta Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd.



Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
