02 November 2025: LPKtn Telah Menghadiri Program Sesi Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Penggerak Industri Kuantan

02/11/2025 | Berita

2 November 2025- LPKtn telah menghadiri Program Sesi Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Penggerak Industri Kuantan bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kampus Kuantan, Gebeng.
Wakil rasmi YAB Perdana Menteri, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan teks ucapan YAB Perdana Menteri dan beliau diiringi oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin.
Hadir sama ke program tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, YB. Tuan Sim Chon Siang.
LPKtn diwakili oleh Pengurus Besar, YBrs. Puan Hasnita binti Mohd Hanapiah bersama anggota pekerja LPKtn yang lain. Penyertaan program seumpama ini menunjukan komitmen LPKtn dalam menyumbang kepada pembangunan industri di negara ini serta Negeri Pahang.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.