
30 Oktober 2025 – LPKtn telah dianugerahkan anugerah SHASSIC – Anugerah Keselamatan Cemerlang (Projek Kerajaan) bagi Projek Masjid Baru Pelabuhan Kuantan di Kawasan Kediaman dan Rekreasi Pelabuhan Kuantan.
Pengurus Besar LPKtn, Puan Hasnita bt Mohd Hanapiah telah hadir ke Majlis “QUEST Day 2025” anjuran CIDB Malaysia bertempat di MITEC Kuala Lumpur bagi menerima penganugerahan ini.
Penganugerahan ini mengiktiraf komitmen LPKtn dalam mengamalkan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cemerlang di tapak projek.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
