29 September 2025: Pelabuhan Kuantan Telah Menerima Kunjungan Hormat Daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun Ke Malaysia.

30/09/2025 | Berita

29 September 2025 – Pelabuhan Kuantan telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun ke Malaysia.
Ketibaan TYT telah disambut oleh Puan Mimi Mazira binti Mohd Idris, Pengurus Kanan (Korporat & Pembangunan) LPKtn bersama Encik Mazlim bin Husin, Ketua Pegawai Komersil Kuantan Port serta Pn. Nora’in Binti Md Salleh Ketua Pegawai Eksekutif Petronas CCS Solutions Sdn. Bhd.
Dalam sesi lawatan ini, TYT telah diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini Pelabuhan Kuantan serta penerangan berhubung initiatif Carbon Capture, Utilization and Storage (CCUS) oleh Petronas yang sedang dibangunkan di Pelabuhan Kuantan.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.