19 September 2025: Lawatan Kerja Deligasi Bahagian Maritim

21/09/2025 | Berita

Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) berbesar hati menerima kunjungan daripada Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB), Dr. Tan Fee Cheng dan deligasi Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sempena lawatan kerja ke Pelabuhan Kuantan.

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk berkongsi gerak kerja LPKtn dan pengendali pelabuhan serta pengoperasian di Pelabuhan Kuantan. Lawatan ke tapak operasi Pelabuhan Kuantan juga telah dilaksanakan bagi memberi gambaran lebih jelas berkenaan operasi pelabuhan.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.