
11 April 2025 – Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) berbesar hati menerima lawatan kerja YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan ke Pelabuhan Kuantan. Ketibaan YBhg. Dato’ KSU yang turut disertai Setiausaha Bahagian Maritim, YBrs Dr. Siva Sangar Krishnan, Setiausaha Bahagian Maritim disambut oleh Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah, Pengurus Besar LPKtn, bersama pihak pengurusan LPKtn dan Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. Lawatan dimulakan di Galeri Wisma Kuantan Port diikuti dengan lawatan ke kawasan operasi dengan menaiki bot tunda untuk melihat dan meninjau perkembangan terkini Pelabuhan Kuantan. Lawatan ini disusuli dengan sesi perjumpaan bersama warga kerja LPKtn dan LPKmn. Pihak LPKtn merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YBhg. Dato’ meluangkan masa dalam lawatan ini.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.