
26 Mac 2025 – Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah turut serta dalam Tinjauan Operasi OPS Khas Pagar Laut bersama Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail bertempat di Jeti KP 1. Program ini bertujuan meninjau keselamatan sektor operasi maritim serta memastikan kesiapsiagaan aset pertahanan perairan negara. Pengurus Besar LPKtn, Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah, terlibat sama dalam sesi lawatan ini bersama delegasi kehormat yang lain. Antara jemputan yang hadir ke program tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama (M) Haji Mazlan Bin Mat Rejab; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Pahang, YDH SAC Dato’ Mohamad Noor Bin Yusof Ali. Selain sesi taklimat keselamatan dan lawatan ke kapal KM PEKAN, program ini turut diisi dengan sesi berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah, serta jamuan makan malam.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.