
22 Mac 2025 – Majlis Berbuka Puasa Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) 2025 telah diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur dan dipengerusikan oleh YAM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Pengerusi LPKtn selaku tuan rumah. Majlis diserikan dengan keberangkatan Tetamu Kehormat, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Leftenan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Antara jemputan yang hadir ke majlis tersebut ialah Duta Besar Chile, TYT Jaime Alexis Munoz Sandoval; Duta Besar Croatia, TYT Dr. Ivan Velimir Starčević; Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kemaman (LPKmn), Jemaah Lembaga LPKtn, Jemaah Lembaga LPKmn, pihak pengurusan LPKtn dan pihak pengurusan Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.