17 Februari 2025: Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) Turut Memenuhi Jemputan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Anjuran Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) Dan Majlis Peluncuran Malaysia Maritime Single Window (MMSW)

17/02/2025 | Berita

17 Februari 2025 – Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) turut memenuhi jemputan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan Majlis Peluncuran Malaysia Maritime Single Window (MMSW).
Majlis disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Tuan Loke Siew Fook. Pengerusi LPKtn, Y.A.M. Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar dan Pengurus Besar LPKtn, Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah bersama-sama menyertai majlis tersebut. MMSW merupakan inisiatif digital oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia berfungsi sebagai portal sehenti dengan ciri-ciri seperti log masuk tunggal dan penyerahan dokumen perkhidmatan pelabuhan secara serentak, memudahkan aliran data end-to-end untuk aplikasi maritim yang lebih efisien. MMSW telah diperluas ke pelabuhan utama lain seperti Kuantan, Kemaman, Johor, Pulau Pinang, dan Bintulu.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.