Laman Web Rasmi
Lembaga Pelabuhan Kuantan
Video Korporat
Zon Bebas Pelabuhan Kuantan
Perkhidmatan Zon Bebas Pelabuhan Kuantan
Pemberitahuan Zon Bebas Pelabuhan Kuantan yang Digazetkan
Pada 11 Mac 2019, Menteri Kewangan telah membuat Pemberitahuan Zon Bebas (Kawasan Yang Diisytiharkan) 2019 melalui Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 13 Mac 2019 berujukan P.U.(B)134 dengan mengisytiharkan Pelabuhan Kuantan, Malaysia sebagai suatu kawasan Zon Perdagangan Bebas berkuat kuasa pada 1 April 2019. Lembaga Pelabuhan Kuantan telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai “Pihak Berkuasa Zon Bebas” untuk mentadbir, menyenggara, mengendali dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan kawasan Zon Bebas Pelabuhan Kuantan. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk merujuk kepada AKTA ZON BEBAS 1990 (AKTA 438) pindaan terkini bagi menjalankan aktiviti perdagangan dan pengendalian yang berkaitan di Pelabuhan Kuantan, Malaysia.
Sila Rujuk Pekeliling Bil. 1/2019 – Notis Pewartaan Zon Bebas Pelabuhan Kuantan.
Zon Komersial Bebas Pelabuhan Kuantan (Susun Atur)
Coming Soon image for Zon Komersial Bebas Pelabuhan Kuantan (Susun Atur)
Pelan Warta Zon Bebas Pelabuhan Kuantan
Coming Soon image for Pelan Warta Zon Bebas Pelabuhan Kuantan
Aktiviti
Seksyen 4, Akta Zon Bebas 1990 memperuntukan :
“Apa-apa jenis barang-barang dan perkhidmatan kecuali bagi yang dilarang dengan tertentu dan mutlak oleh undang-undang, boleh dibawa masuk, dikeluarkan, dihasilkan atau dibekalkan dalam suatu Zon Bebas TANPA BAYARAN apa-apa duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau cukai perkhidmatan.”
Zon Bebas Pelabuhan Kuantan diwujudkan dengan tujuan membenarkan aktiviti perdagangan seperti dibawah untuk menggalakkan kehidupan ekonomi negara serta maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
Nilai tambah seperti memecah pukal, menggred, pembungkusan semula, melabel semula, transit dan proses-proses lain tidak termasuk proses pengilangan.
- Import • Eksport Semula
- Pindah kapal (Transhipment)
- Pengedaran
- Pergudangan (Storage)
- Perniagaan secara pukal (bulk trading)
- Konsolidasi
Dokumen Rujukan
Pekeliling
Coming Soon Notis Pewartaan Zon Bebas Pelabuhan Kuantan
Coming Soon Notis Pengenaan Caj Zon Bebas Pelabuhan Kuantan