
Lembaga Pelabuhan Kuantan telah menganjurkan program Hari Keselamatan, Kesihatan, dan Alam Sekitar (HSE Day) pada 15 dan 16 Januari 2025 dengan ikrar 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗣.𝗥.𝗢.𝗧.𝗘.𝗖.𝗧. Program dihadiri oleh Puan Mimi Mazira Mohd Idris, Pengurus Kanan (Korporat dan Pembangunan), yang mewakili Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn). Manakala Tuan Ts. Muhammad Syahmi Sulaiman, Pengurus Keselamatan LPKtn, menyampaikan taklimat “𝘎𝘳𝘦𝘦𝘯 𝘗𝘰𝘳𝘵 𝘐𝘯𝘪𝘵𝘪𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦𝘴 𝘪𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦” membincangkan langkah mitigasi pengurangan gas rumah hijau (GHG) serta isu perubahan iklim di peringkat global dan kebangsaan berdasarkan konvensyen dan polisi semasa.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.