Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Lembaga Pelabuhan Kuantan
LPKtn-Header-Images-2025-0008

Berikut adalah piagam yang telah ditetapkan :
1) Kami sentiasa bersedia dengan komitmen yang tinggi untuk memberikan perkhidmatan berkualiti dan layanan yang mesra.
2) Kami komited untuk melaksanakan tugas-tugas pengawalseliaan terhadap operasi, pembangunan dan kemajuan pelabuhan secara efisien, sistematik dan berkesan.
3) Kami bersedia menerima setiap aduan dan memberikan maklum balas lengkap terhadap aduan dalam tempoh 1 hari bekerja.
4) Kami menjamin setiap permohonan pengisytiharan, kelulusan atau pemakluman yang lengkap sedia diproses dalam tempoh berikut:

 – Kargo bahaya dalam tempoh 1 jam 30 minit
 – Zon Bebas dalam tempoh 4 jam pada waktu bekerja
 – e-PENS dalam tempoh 1 hari
 – Lesen perkhidmatan sokongan dan permit aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja

5) Kami bersedia memproses setiap terimaan bayaran di kaunter dalam tempoh 15 minit.
6) Kami memberi jaminan akan membuat pembayaran bagi setiap tuntutan yang lengkap diterima dalam tempoh 7 hari bekerja.