
Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah menganjurkan program LPKtn Pre-Iftar Talk 2026 di Hyatt Regency Kuantan Resort sebagai platform perkongsian dan perbincangan isu semasa serta mengeratkan hubungan antara pihak pelabuhan dan para pemegang taruh. Program telah dirasmikan oleh Pengurus Besar LPKtn, YBrs. Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah.
Sesi perkongsian menampilkan wakil daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Konsortium Perkapalan Timur (KPT).
LPKtn merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir dan memberikan sokongan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pelabuhan pada masa akan datang.



Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
