
Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi LPKtn, Yang Dihormat Mulia Orang Kaya Indera Segara, Tengku Dato’ Sri Haji Zulkifly Bin Tengku Temenggong Ahmad.
Dalam kunjungan tersebut, YDHM Orang Kaya Indera Segara telah diberikan taklimat berkenaan fungsi, peranan dan perkembangan semasa LPKtn, di samping sesi perkenalan bersama barisan pengurusan serta pegawai-pegawai LPKtn.
Seterusnya, YDHM Orang Kaya Indera Segara telah dibawa melawat ke kawasan tapak Masjid Baru Pelabuhan Kuantan bagi meninjau perkembangan dan kemajuan pembinaan infrastruktur masjid tersebut.



Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
