28 Januari 2026 : Lawatan Kerja ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

28/01/2026 | Berita

Untitled design 3

Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) bersama Lembaga Pelabuhan Kemaman (LPKmn) telah mengadakan lawatan kerja ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).

Delegasi yang diketuai oleh Puan Mimi Mazira Binti Mohd Idris, Pengurus Kanan (Korporat & Pembangunan), telah disambut oleh YH. Dato’ Vijayaindiaran, Pengurus Besar SPPP, bersama wakil Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai pelaksanaan Sistem Digital Port Pass (DPP) dan operasi keretapi di dalam kawasan Zon Bebas Pelabuhan Pulau Pinang. Lawatan ke tapak turut memberikan gambaran visual yang bernilai mengenai infrastruktur dan peralatan, di samping cabaran operasi serta potensi penambahbaikan yang boleh dimanfaatkan secara bersama.

LPKtn merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SPPP dan PPSB atas sambutan mesra serta perkongsian yang amat bermanfaat dan diharapkan kerjasama strategik ini akan berterusan pada masa hadapan.

2
3
4

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.

{"_token":"eyJpdiI6IlZ5MTNneGdSbkQ3MHphWEp6aVdaN0E9PSIsInZhbHVlIjoiQWR1QWxDOGFxcW5EdXNBZk1BK3kxdWNqYXhIMllGN1oz"}