15 – 17 Januari 2026 : Mesyuarat Perancangan Strategik Pengurusan Tertinggi Kementerian Pengangkutan Malaysia (Retreat MOT)

18/01/2026 | Berita

1 2

Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah menghadiri Mesyuarat Perancangan Strategik Pengurusan Tertinggi Kementerian Pengangkutan Malaysia (Retreat MOT) 2026 yang berlangsung di Melaka.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar LPKtn, YBrs. Puan Hasnita Binti Mohd. Hanapiah, bagi menilai pencapaian inisiatif strategik 2025 serta memuktamadkan hala tuju MOT 2026 ke arah ekosistem pengangkutan dan logistik negara yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing.

Dalam kesempatan yang sama, LPKtn turut mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Tanjung Beruas bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara pelabuhan. Lawatan ini menjadi platform perkongsian idea dan pandangan berkaitan urus tadbir pelabuhan bersama pihak Pelabuhan Tanjung Beruas.

2 2
3 2
4 2

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.

{"_token":"eyJpdiI6IlZ5MTNneGdSbkQ3MHphWEp6aVdaN0E9PSIsInZhbHVlIjoiQWR1QWxDOGFxcW5EdXNBZk1BK3kxdWNqYXhIMllGN1oz"}