
19 Disember 2025: Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang bersama Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. (KP).
Kunjungan ini diketuai oleh Pengurus Besar LPKtn, YBrs. Puan Hasnita binti Mohd Hanapiah bersama Ketua Pegawai Operasi KP, Encik Chan Weng Yew dan telah disambut oleh YBrs. Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Al Yahya bin Syed Abdul Rahman, Pengarah JPJ Negeri Pahang.
Sesi kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara agensi yang terlibat dalam industri logistik dan pelabuhan, di samping membincangkan isu-isu semasa bagi memastikan kelancaran operasi logistik.
LPKtn komited dalam memastikan semua pengguna pelabuhan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh agensi penguatkuasaan berkaitan.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
