
11 Disember 2025- Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Pengangkutan Wilayah Yunnan yang diketuai Mr. Wang Dong, Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Wilayah Yunnan.
Delegasi disambut oleh Pengurus Besar LPKtn, YBrs. Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah bersama Encik Chan Weng Yew, Ketua Pegawai Operasi Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. (KPC).
Kunjungan ini memberi peluang untuk berbincang mengenai operasi pelabuhan, strategi pembangunan, pendekatan pengurusan, serta meneroka potensi kerjasama masa hadapan. Delegasi juga dibawa melawat fasiliti utama Pelabuhan Kuantan bagi memahami operasi dan peranan pelabuhan dalam perdagangan dan logistik serantau.
LPKtn mengalu-alukan lawatan ini sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala dan membuka peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Wilayah Yunnan.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
