
1 Disember 2025 – Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan, YBrs. Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah selaku Penasihat Kelab Kebajikan Dan Sukan LPKtn (KSPK) telah mengadakan kunjungan ke rumah anggota pekerja LPKtn yang terjejas akibat banjir yang melanda.
Kunjungan tersebut diiringi oleh Ahli Jawatankuasa KSPK bagi memberi sokongan moral kepada anggota pekerja terlibat, selain meninjau keperluan bantuan susulan yang diperlukan. Melalui inisiatif ini, pihak LPKtn berharap dapat meringankan beban mangsa serta memastikan kebajikan warga kerja sentiasa diberi keutamaan.
LPKtn dan KSPK akan terus memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan semua anggota pekerja yang terjejas mendapat perhatian dan sokongan yang diperlukan. Semoga semua mangsa banjir dipermudahkan urusan dan dikurniakan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
