
12 November 2025 – Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Industri Halal (JPPIH) Bil. 2/2025 yang dipengerusikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri di MITI bersama lain-lain agensi seperti Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jabatan Logistik Negara dan juga wakil daripada BPEN Negeri Pahang.
Dalam mesyuarat tersebut, YBrs. Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah, Pengurus Besar LPKtn, telah membentangkan kertas cadangan Pelaksanaan Pelabuhan Mesra Halal di Pelabuhan Kuantan — satu inisiatif strategik untuk menjadikan Pelabuhan Kuantan sebagai Pelabuhan Mesra Halal bertaraf antarabangsa pertama di Malaysia.
Langkah ini dijangka dapat memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal di rantau Asia Pasifik serta menarik pelaburan baharu ke Pelabuhan Kuantan


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
