11-13 Oktober 2025: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Telah Menganjurkan Transport Expo Asia (TXA) 2025, Yang Berlangsung Dari 11 Hingga 13 Oktober 2025 Bertempat Di Sama-Sama Hotel, KLIA.

12/11/2025 | Berita

11-13 Oktober 2025 – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah menganjurkan Transport Expo Asia (TXA) 2025, yang berlangsung dari 11 hingga 13 Oktober 2025 bertempat di Sama-Sama Hotel, KLIA.
Majlis Perasmian TXA 2025 telah disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia, menandakan pembukaan rasmi acara berprestij yang menghimpunkan pelbagai pemain industri, pembuat dasar, penyelidik serta profesional. Acara ini menjadi platform penting dalam membincangkan hala tuju pengangkutan digital, hijau dan mampan melalui penganjuran forum, pameran teknologi dan sesi jaringan industri.
Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) turut mengambil bahagian dalam program berimpak tinggi ini melalui penyertaan YBrs. Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah, Pengurus Besar LPKtn, bersama warga kerja LPKtn sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap pembangunan industri pengangkutan negara.
Bertemakan “Digital, Mampan, Tangkas dan Beretika”, TXA 2025 menzahirkan empat teras transformasi utama yang membentuk masa depan sektor pengangkutan dan logistik Malaysia. Tema ini mencerminkan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan industri yang lebih inovatif, berdaya tahan dan lestari demi kemajuan negara.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.