10 November 2025: Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) Telah Mengambil Bahagian Dalam Mesyuarat Tahunan Ke-6 China-Malaysia Port Alliance (CMPA)

12/11/2025 | Berita

10 November 2025 – Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah mengambil bahagian dalam Mesyuarat Tahunan Ke-6 China-Malaysia Port Alliance (CMPA) yang bertemakan “Advancing Next-Generation Ports Through Cooperation and Innovation.”
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, yang menekankan kepentingan transformasi digital, keterhubungan serantau dan pembangunan lestari sebagai pemangkin kepada kerjasama pelabuhan yang lebih kukuh.
LPKtn diwakili oleh YBrs. Puan Hasnita binti Mohd Hanapiah, Pengurus Besar LPKtn, bersama Encik Mohd Usman bin Abdul Aziz, Pengurus Korporat LPKtn. Penyertaan ini mencerminkan komitmen LPKtn dalam memperkukuh hubungan strategik dengan pelabuhan-pelabuhan rakan di bawah CMPA serta memperluas perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam pembangunan pelabuhan moden yang mampan dan berdaya saing.
Melalui mesyuarat ini, Malaysia dan China menegaskan komitmen bersama dalam memperkukuh inovasi, pendigitalan dan kelestarian sektor maritim serta pelabuhan serantau. Pada masa yang sama, platform ini membuka ruang untuk kedua-dua negara bertukar pandangan, mengeratkan kerjasama strategik dan memperkasa pembangunan ekosistem pelabuhan ke arah masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.