07 & 08 November 2025: Kelab Sukan Dan Kebajikan Kementerian Pengangkutan Malaysia (KSKKP) Telah Menganjurkan Sukan Empat Penjuru Kelab Sukan Lembaga-Lembaga Pelabuhan Bersama KSKKP

12/11/2025 | Berita

7- 8 November 2025 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Pengangkutan Malaysia (KSKKP) telah menganjurkan Sukan Empat Penjuru Kelab Sukan Lembaga-Lembaga Pelabuhan Bersama KSKKP, yang menghimpunkan penyertaan daripada kelab-kelab sukan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).
Program ini turut disertai oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Lembaga Pelabuhan Kuantan (KSPK), yang mengambil bahagian dalam dua acara sukan yang dipertandingkan, iaitu Boling Berpasukan dan Bola Sepak 11 Sebelah. Antara pasukan yang terlibat ialah KSKKP, kelab sukan Lembaga Pelabuhan Klang serta Lembaga Pelabuhan Johor.
KSPK telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila muncul Johan bagi acara Boling Berpasukan melalui kumpulan LPKtn A, serta meraih Naib Johan bagi acara Bola Sepak 11 Sebelah.
Penganjuran program ini mencerminkan kesepakatan dan semangat kerjasama erat antara kelab-kelab sukan agensi di bawah MOT, sekali gus memperkukuh ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga sektor maritim negara.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.