
29 September 2025 – Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn), YBrs. Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah telah menghadiri Seminar Peningkatan Produktiviti Rantaian Logistik (Eksport) yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) Negeri Pahang bertempat di Hotel Zenith Kuantan.
Seminar telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Norliza Mohd Ali, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang, dan turut menyaksikan pelancaran rasmi dokumen “Rangka Kerja Operasi bagi Keberkesanan Rantaian Logistik Eksport di Pelabuhan Kuantan”. Dokumen ini merupakan pelan induk komprehensif hasil kerjasama erat antara pelbagai pihak berkepentingan dan dirangka sebagai panduan amalan terbaik bagi mempertingkat keberkesanan operasi logistik eksport di Pelabuhan Kuantan.
LPKtn menyambut baik peluncuran rangka kerja ini yang dijangka memberi impak positif terhadap produktiviti ekosistem logistik negeri Pahang secara keseluruhan. Inisiatif ini juga sejajar dengan usaha berterusan LPKtn untuk memperkukuh daya saing Pelabuhan Kuantan sebagai pintu keluar masuk perdagangan antarabangsa yang efisien dan berdaya tahan.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.