
Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn), Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Lembaga Pelabuhan Kemaman (LPKmn) di bawah kerangka Integrated Technical Cooperation Programme (ITCP) telah menganjurkan program istimewa ini yang menghimpunkan 16 peserta dari negara-negara Afrika dan 19 peserta tempatan termasuk wakil dari Management Association of Eastern and Southern Africa (PMAESA) dan Port Management Association of West and Central Africa (PMAWCA).
Program ini bertujuan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi sesi 2026–2027.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Siva Sangar Krishnan, Setiausaha Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Turut hadir, YBrs. Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah, Pengurus Besar LPKtn, bersama YBrs. Tuan Haji Azan bin Ismail, Pengerusi LPKmn dan YBrs. (Dr.) Haji Rosnan Bin Fathal, Pengerusi LPJ.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.
