
5 Julai 2025 – Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) turut menyertai Minggu Maritim Malaysia 2025 (MMW25) bertempat di Hotel Sunway Resort pada 15 – 17 Julai 2025. MMW25 merupakan platform utama yang mencerminkan komitmen Malaysia terhadap kelestarian maritim, pemerkasaan dasar, inovasi teknologi, serta kerjasama global — merangkumi seluruh rantaian sektor, dari pengurusan pelabuhan dan operasi perkapalan hingga kepada teknologi hijau dan kawalselia industri. Majlis dirasmikan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia. Turut hadir, YAM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar, Pengerusi LPKtn; diiringi oleh Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah, Pengurus Besar LPKtn.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.