12 Julai 2025: Majlis Penembusan Terowong ECRL Genting

13/07/2025 | Berita

12 Julai 2025 – Pengurus Besar LPKtn, Puan Hasnita binti Mohd Hanapiah telah hadir ke Majlis Penembusan Terowong ECRL Genting. Majlis ini bagi menyaksikan detik bersejarah kejayaan penembusan Terowong ECRL Genting sepanjang 16.39km yang merupakan terowong terpanjang dijajaran ECRL dan bakal menjadi terowong terpanjang di Asia Tenggara. Terowong ini merupakan terowong ke-41 daripada keseluruhan jajaran rel infrastruktur nasional sepanjang 665km.

Kredit gambar : Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.