24 Jun 2025: Hari Governans, Integriti & Antirasuah (HGIA) Tahun 2025 bertemakan “Amanah Pekerja, Cermin Madani – Menyemai Integriti Dalam Tugas Seharian.”

25/06/2025 | Berita

24 Jun 2025 – Unit Integriti Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah menganjurkan Hari Governans, Integriti & Antirasuah (HGIA) Tahun 2025 bertemakan “Amanah Pekerja, Cermin Madani – Menyemai Integriti Dalam Tugas Seharian.” Program ini bertujuan untuk menerapkan nilai integriti dalam tugas harian demi membentuk organisasi yang cekap, telus dan beramanah. Pelbagai pengisian menarik termasuk Bicara Integriti : Menyemai Integriti Dalam Tugas Harian oleh YBrs. Ustaz Alwi bin Muda, Pengarah YADIM Negeri Pahang serta Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah : Teguhkan Integriti, Perangi Rasuah oleh KPKPs Mohamad Bin Hussain, Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Pahang.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.