20 Mei 2025: Program “Sungai Hidup, AKRAB Prihatin” Anjuran Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) merupakan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat

20/05/2025 | Berita

20 Mei 2025 – Program “Sungai Hidup, AKRAB Prihatin” anjuran Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) merupakan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang berfokus kepada pemuliharaan alam sekitar dan kesedaran komuniti. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg. Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah, Pengurus Besar LPKtn dan majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Amizar bin Abu Adam, EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Antara pengisian program termasuk sesi taklimat alam sekitar, aktiviti pembuatan dan pelepasan EM Mudball, ceramah kesedaran serta sesi dialog bersama peserta. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini demi kelestarian alam sekitar.

Program "Sungai Hidup, AKRAB Prihatin" Anjuran Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) merupakan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.