
8 Mei 2025 — Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024, Jasamu Dikenang 2025 dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama strategik bersama Lembaga Pelabuhan Kuantan. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Suzaidi Bin Supoh, Penolong Juruaudit; Puan Sarifah Aishah Binti Sd. Hassan, Pembantu Tadbir Unit Pentadbiran; dan Encik Mohd Abd. Habib Bin Said, Pemandu Kenderaan LPKtn atas perkhidmatan cemerlang. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pesara, Encik Azman Bin Abdul Manap, Pembantu Tadbir Unit Korporat atas segala jasa, dedikasi dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.