14 April 2025: Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2025 Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) Telah Berlangsung Di Perkarangan Bangunan Perdagangan LPKtn Dengan Penuh Kemeriahan Dan Rasa Kesyukuran

16/04/2025 | Berita

14 April 2025 – Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2025 Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah berlangsung di perkarangan Bangunan Perdagangan LPKtn dengan penuh kemeriahan dan rasa kesyukuran.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YAM Tan Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, Pengerusi LPKtn bersama-sama Jemaah Lembaga. Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Tetamu Kehormat, YAM Tengku Panglima Perang, Leftenan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadir Pengerusi dan Ahli Lembaga LPKmn, tetamu kehormat daripada agensi-agensi kerajaan, pemegang taruh, wakil industri serta pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam operasi Pelabuhan Kuantan.
Turut diraikan tetamu istimewa daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Baitul Husna.
LPKtn merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga ikatan kerjasama dan silaturrahim yang terjalin terus kukuh demi kemajuan bersama.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.