11 April 2025: Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Pahang Telah Diadakan Di Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan

12/04/2025 | Berita

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn), YBrs. Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah turut hadir memenuhi jemputan dan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan pada 11 April 2025 (Jumaat). Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia; dan dimeriahkan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; serta YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang selaku tuan rumah.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.