19 & 20 Mac 2025: Program Sumbangan Aidilfitri Lembaga Pelabuhan Kuantan

26/03/2025 | Berita

Pada 19 & 20 Mac 2025, Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah menganjurkan Program Sumbangan Aidilfitri 2025, menyantuni 100 asnaf di sekitar Bandar Kuantan, Pahang. Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan penerima dan menyemarakkan keindahan serta membawa keceriaan menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.Turut hadir memberikan sokongan dalam program ini ialah Pengurus Besar LPKtn, Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah dan Ahli Jemaah Lembaga LPKtn, YBhg. Dato’ Amadaldin Bin Hamzah.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.