
13 Mac 2025 – Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Peru ke Malaysia, TYT Ricardo Estanislao Morote Canales dan Duta Besar Chile ke Malaysia, TYT Jaime Alexis Munoz Sandoval ke Pelabuhan Kuantan.
Kunjungan ini disambut oleh Pengurus Besar LPKtn, Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah, bersama pihak Pengurusan LPKtn dan Kuantan Port Consortium Sdn Bhd. Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik antara Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Chancay di Peru. Kerjasama ini dapat memperkukuh peranan Pelabuhan Kuantan sebagai pintu masuk utama pantai timur bagi perdagangan serantau dan antarabangsa. Delegasi turut di bawa meninjau kawasan operasi pelabuhan bagi melihat sendiri kemudahan serta infrastruktur yang tersedia dan keupayaan Pelabuhan Kuantan dalam mengendalikan pelbagai jenis kargo.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.