25 Februari 2025: Kunjungan Hormat Daripada Tuan Yang Terutama Dr. Ivan Velimir Starčević, Duta Besar Republik Croatia, Serta Mr. Li Bing Song Dan Mr. Dong Hao Dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri China

28/02/2025 | Berita

25 Februari 2025 – Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Dr. Ivan Velimir Starčević, Duta Besar Republik Croatia, serta Mr. Li Bing Song dan Mr. Dong Hao dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri China.
Kunjungan ini telah disambut oleh YAM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar, Pengerusi LPKtn; Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah, Pengurus Besar LPKtn; serta wakil pihak operator, Encik Mazlim Bin Husin, Ketua Pegawai Komersial Kuantan Port. Kunjungan ini mencerminkan peranan strategik Pelabuhan Kuantan sebagai hab perdagangan dan pelaburan antarabangsa, khususnya dalam menghubungkan ekonomi serantau dengan pasaran global. Perbincangan ini meliputi potensi kerjasama dalam sektor logistik, perkapalan, dan pembangunan.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.