09-11 Februari 2025: Human Resource Managers’ Dialogue (HRMD) 2025, Anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Bertempat Di Pulau Langkawi, Kedah

11/02/2025 | Berita

9 – 11 Februari 2025 : Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) menjadi tuan rumah bagi Human Resource Managers’ Dialogue (HRMD) 2025, anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bertempat di Pulau Langkawi, Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Pn. Safina Binti Mohamad Hamizin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), MOT, yang turut menyampaikan amanat kepada para peserta. YBrs. Puan Hasnita Binti Mohd Hanapiah, Pengurus Besar LPKtn, terlibat sama dalam program ini. Pengisian utama program adalah pembentangan urusan kenaikan pangkat di bawah SSPA oleh wakil JPA, pembentangan oleh BPSM, MOT mengenai isu-isu semasa dalam pengurusan sumber manusia serta sesi dialog bersama Pengurus Sumber Manusia, yang membincangkan pelbagai aspek urusan perkhidmatan di Jabatan dan Agensi bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.