
3 Februari 2025 – Kapal persiaran MV Zhao Shang Yi Dun daripada Viking Line tiba di Terminal Baru Laut Dalam (NDWT), Pelabuhan Kuantan pada jam 5:45 pagi. Kapal persiaran sepanjang 228.2 meter ini membawa seramai 254 penumpang dan dikendalikan oleh 353 kru. Bagi meraikan kunjungan ini, Pelabuhan Kuantan dan Captain Li Bin dari Viking Cruise mengadakan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan dan jalinan kerjasama erat antara kedua-dua pihak. Kapal ini dijadualkan berlepas ke Koh Samui, Thailand, pada 4 Februari 2025 jam 2:00 pagi, sebelum meneruskan pelayaran ke Singapura sebagai destinasi terakhir.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.