03 Februari 2025: Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang, Telah Mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan

04/02/2025 | Berita

3 Februari 2025 – Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib telah mempengerusikan Mesyuarat bersama Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan, Puan Hasnita binti Mohd Hanapiah, bagi membincangkan kerjasama untuk membangunkan industri halal di Pahang dan melihat potensi Pelabuhan Kuantan sebagai hab logistik halal serta usaha untuk memperkukuh rantaian bekalan halal.
Encik Mazlim bin Husin, Ketua Pegawai Komersial, Kuantan Port, turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.